Matlamat utama saya menulis adalah untuk berkongsi pengetahuan dalam bentuk pengurusan dan motivasi untuk pembangunan diri dan kerjaya.
Ingin juga mencurahkan pengetahuan yang ada secara ringkas, mudah dan pantas memandangkan sesetengah individu kurang berminat membaca bahan bacaan(buku) yang tebal dan merimaskan.
Sekadar menyumbangkan sesuatu untuk di manfaatkan sebelum nanti saya di jemput ke SANA.

Buku

Buku

Tuesday, November 18, 2014

John Wick


Lama dah menulis dalam blog.

Kali ini nak menulis pasal filem pulak.

John Wick lakonan Keanu Reeves.

Kisah yang bagus dan lakonan yang hebat oleh Keanu Reeves.

Bagi sesiapa yang pernah menonton dan gemar dengan filem BAASHA Rajni Kanth atau pun DON  maka
filem John Vick sesuai dengan selera anda.

Kisah seorang lelaki yang penuh sopan santun dan amat kasih akan isterrinya
kembali menjadi Bapak Samseng yang terhebat setelah kehidupan nya terganggu.

John mahu berubah, John sudah pun berubah dan menjadi tokoh manusia yang berjaya
tetapi telah dianiyai dengan generasi penyangak  , perosak yang seringkali
ingat mereka lah manusia yang terkuat . terglamer, terhebat dan terpower.

Malangnya mereka telah mengusik manusia yang salah.
Manusia yang lebih hebat dari mereka.
Manusia yang telah bermandi darah lebih dari mereka.
Manusia yang lebih awal bermain dengan senjata dan mampu
mengendalikan senjata dengan sebelah mata sahaja.

Malah bapa pada penyangak yang mengusik John Wick juga terketar
apabila mengetahui anak nya telah dengan membuta tuli dan sengaja mengusik
menganiayai John Wick.
Kata Bapanya ;
" I am not angry with what you do but to whom you did  is my concern; it's John Wick.".

Malah dunia kongsi gelap dan semua penyangak lain jua merasa ketakutan
akan insiden berkenaan kerana mereka pasti tahu Jon Wick akan kembali.
Mereka jua akan terkena tempias berkenaan.

John Wick kembali dan dunia yang telah lama ditinggalkan kembali
dengan gegeran dan percikan darah demi percikan darah.

John Wick tidak berputus asa. The Soldier of One.
John Wick berjaya dengan begitu stylo , kemas, handsome dan bersahaja.

John Wick is always a John Wick, Baasha is always a Baasha , Don is always a Don!

Moral nya;
1. Manusia yang mahu berubah seringkali ada dugaan.
2. Jangan ingat kita baru menumbuk seorang dua kita fikir kita boleh kacau semua orang
silap hari bulan buku bertemu ruas.
3. John  Wick samaada di alam jenayah berjaya menjadi no 1 dan di alam Korporat jua menjadi NO 1 .
Dia mahu menjadi yang terbaik dalam bidang yang diceburinya.

Tuesday, September 2, 2014

VALUE GUIDE.


Visualization strategy in customer satisfaction.

I like exercises and make effort to be a member in GYM Centre.
I decided to go for JR GYM in Shah Alam to do my work out in 2010.

I had stopped for 3 years  because I had limited time to go there however I do still continue
lighter exercise at home.

But recently after 3 years I went back to JR Gym to have specific workout.
The owner was still  very good and friendly to all .

He saw me and we talk for few minutes. He welcome me very well.
I proceeded to my work out. It was interesting to be back at JR Gym .
I saw many new equipment had been installed.

Suddenly the owner came to snap my photo while I am doing sit up.
I was shocked but gave a good post and smile.

Later I saw my picture in their FB saying about how happy they were
when a former customer came back.

The photo was a main highlight in their FB.
Not only me but I think other customer would feel happy too, having
such welcoming manner.
It was so nice of them.

They had  used photography strategy and visualized it widely
to be seen by their customer.

Of course I want to go back there more than I thought.
With such kind of customer satisfaction sense I am captured to
be a permanent customer already.



Thursday, August 28, 2014

DIAMET CHAMPIONS!






To all Diamet great employees  I wish you all the best.
It has been very great to meet every one of you.

Thank you for your keen participation in the Productivity improvement program.

Always make time to remember where is your ATM machine ya.

Tuesday, August 26, 2014

Kadang-Kadang


Dalam dunia kepimpinan kadang-kadang boleh terjadi "twisted".

Seorang pemimpin yang memilih corak kepimpinan "people champion" harus cermat dalam
keputusannya. Pemimpin seperti ini mahu memuaskankan hati semua orang di mana beliau tahu ia adalah mustahil.

Pemimpin seperti ini akan berakhir dengan dua perkara;

Pertama, akan terus di ingati kerana berjaya mencetuskan keputusan yang betul.

Kedua, akan dibenci kerana di pertengahan jalan akan mencetuskan keputusan yang salah.

Moralnya; pemimpin yang mahu menjaga hati semua orang akan akhirnya menjadi abu.
If you please everyone  and you'll gain nothing at the end!
The worst part ; instead of being labelled  great, you'll be labelled now as  someone useless.

Akhirnya pemimpin ini akan menjadi manusia yang paling sunyi dan berada di sebuah tempat berseorangan walaupun satu masa dahulu dia adalah pemimpin yang paling meriah!

Dulu :  WOW , BEST , PWITTTT, YESSSSSS!
Kini  :  BOO BOO BOO BOO, SUDAH LAH TU. 

Ini hanya pandangan peribadi. Berhati-hatilah.
Jangan tenggelam dalam sorakan pengikut kerana ia bisa membuatkan kita tersilap langkah.
Majoriti tidak semestinya betul.

Monday, August 11, 2014

The Rising Sun


Mula-mula, dengarkan dulu persembahan dari kumpulan Thaikkudam Bridge dengan lagu Nothing Else Matter, sebuah lagu yang asal dari kumpulan metal lagenda, Metallica.
"Never cared for what they say
Never cared for games they play
Never cared for what they do
Never cared for what they know
And I know"
Ya, nama kumpulan ini Thaikkudam Bridge, sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Kerala, India.
Di namakan sebagai Thaikkudam Bridge bersempena nama sebuah jambatan berdekatan apartment tempat mereka berlatih bermain muzik iaitu di Kerala.
Penyanyi utama mereka iaitu Govind Menon merupakan seorang komposer yang banyak menghasilkan lagu dan bertindak sebagai pembantu pengarah muzik didalam bahasa Malayalam, Tamil dan Hindi.

Begitu ringkas tetapi muzik mereka hebat.
Seperti juga lirik diatas, mereka percaya dan yakin dengan apa yang mereka lakukan.

Kekuatan utama kita juga sebenarnya adalah keyakinan pada diri sendiri, tidak kira kita berasal dari latar belakang yang bagaimana sekali pun.

 

Friday, August 8, 2014

Pemimpin


Seorang ketua bersama 3 jabatan berlainan tetapi berjaya menghasilkan irama, lagu dan melodi yang sama tanpa kecacatan kualiti dan pertelingkahan antara satu sama lain.

HURRICANE 2000, THE LEADERSHIP OF KLAUS MEINE. 


Pada tahun 2003 video ini telah membantu saya mendapat markah yang tertinggi dalam kertas kerja  kepimpinan ketika pengajian Master .

Mungkin sebuah contoh yang bagus dari aspek kepimpinan, kerjasama dan professional.




Thursday, August 7, 2014

Busy


Special to "My Biwi" dengan ucapan maaf sibuk sangat, banyak program".Tak sempat nak balik.
I love u...

Wednesday, August 6, 2014

Sekeping kertas dan sebuah maruah.


Semalam, saya merenung masa lepas. Masa lepas yang tidak akan kembali.
Ada manis dan pahit. Kalau dikembalikan ke masa lepas banyak yang akan saya perbetulkan.
Tetapi ia tidak boleh dan kemusnahan tetap kemusnahan.
Esok harus diperbaiki.



Melihat gambar lama sebelum mencipta pembaharuan teringat sebuah lagu
yang satu ketika dulu irama nya amat saya sukai dan kerap jadikan bahan siulan.
Sebuah lagu yang hangat, dengan petikan gitar yang cukup menghiburkan anak anak muda ketika itu.

Lama kelamaan setiap senikata lagu berkenaan mengwujudkan
peringatan dan cukup bermakna.

Senikata senikata dalam lagu berkenaan banyak yang menjadi realiti
di dunia hari ini.

Sebuah lagu dan pesanan yang bermakna.

Sekeping kertas boleh mendatangkan harga diri , membina maruah yang lebih tinggi DAN JUGA BOLEH
MENGHILANGKAN HARGA DIRI DAN MARUAH SELAMA NYA.

Hayati lah


Friday, July 25, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Masterji dan kakitangan dari 
Value Guide Training Consultant 
mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Thursday, May 22, 2014

Mainan Masterji


Masterji bukan kaki bola! Maksud Masterji, bukannya tidak boleh bermain bolasepak bahkan semasa muda, hinggalah sekarang memang Masterji suka bersenam dan suatu masa dulu aktif dalam sukan bolasepak cuma Masterji kurang berminat menonton perlawanan bolasepak seperti sesetengah orang.

Jadi untuk mengisi masa terluang, Masterji banyak membaca, tambahan pula dalam bidang penyedia latihan, membaca amat penting. Pengetahuan mesti luas, selari dengan kehendak semasa.

Ini antara bahan "mainan" Masterji yang terbaru.

Thursday, May 1, 2014

Impian seorang pencuci yang menjadi kenyataan


Buku Dulu Pencuci Kini Pengurus mendapat tempat di ruangan Ulasan Buku laman web Portal Pendidikan Utusan Malaysia dengan tajuknya Impian seorang pencuci yang menjadi kenyataan.

Antara lain, ulasan yang tersiar pada 11 Mac 2014 itu membicarakan tentang semangat Masterji untuk mengubah dirinya dan keluarga.

"Buku ini merupakan kisah sebenar Mohd Rafi yang sehingga kini masih mencatat rekod sebagai seorang pencuci yang berjaya menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah syarikat terkenal di Shah Alam.

Beliau tidak malu mengakui bermula dari bawah, dari pekerjaan yang tidak dipandang orang tetapi kemudian berjaya menjawat satu demi satu jawatan sehingga mencapai kedudukan tertinggi dalam syarikat.

Mengakui bahawa beliau harus berubah supaya mendapat pekerjaan yang lebih baik untuk ibu dan adik beradiknya, Rafi berusaha keras memasang cita-cita menjadi seorang pengurus.

Mohd Rafi berusaha melanjutkan pelajaran meskipun sedang bekerja dan meninggalkan keseronokan bekerja demi mengejar kelulusan bagi membolehkannya mendaki tangga korporat satu persatu."

Ulasan penuh boleh dibaca di SINI

Monday, April 14, 2014

The Biggest Card in My life.



Hari ini saya dapat kejutan. Di atas meja terletak sebuah sampul surat warna pink yang amat besar.

"Surat apa ni besar sangat"
Kata saya dalam hati.

Rupa nya sebuah kad ucapan yang besar. Satu perkara yang istimewa didalam hidup saya hari ini.

Kad yang besar dari insan yang berhati mulia. Terima kasih yang tidak terhingga.

Akan ku simpan hingga ke akhir hayat.

Apa khabar semua. Harap sihat ya.
Buku kedua sudah siap sepenuhnya dan kini berada di tangan penerbit cuma tunggu masa sahaja
Terdapat lagi dua buah manuskrip lain sedang dipersiapkan.

Anda harus ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014(PBAKL 2014) dari 24-Apr-2014 hingga 04-Mei-2014

Tetapi selepas itu jangan lupa di bulan seterusnya PESTA BUKU RAFIMASTERJI YA...

TERIMA KASIH ATAS BANTUAN ANDA SELAMA INI.

Thursday, April 3, 2014

Klaus Meine



Hebat penyanyi dari kumpulan Scorpions ini.

Seorang Rock Star yang terbaik dalam bidang nya.

Mungkin ia contoh yang baik buat yang bekerja.

Pastikan penonton anda hangat, bertepuk tangan dan berdendang hebat dengan tarian yang anda rentak kan!

" Got the groove that  hits the bone"
" Here I am Rock you like Hurricane"
" I wake up in the morning, and the suns begin to shine. The day sneak up on the night. 
I see your face and I see myself and I get a little taste of life . I m in love with you and I feel fined."

Di antara lirik lirik popular dari nyanyian nya.

Well done Klaus!

Friday, March 28, 2014

GEMBA GO TO GEMBA GO TO GEMBA GO TO GEMBA!


Selalu Masterji ingatkan para peserta program

' If you heard any abnormality , get up and go check with your own eyes'

' If you saw something abnormal go to Gemba and check your self'

Maksudnya; setiap kali kita mendengar masalah, jangan assume assume, jangan agak agak,
jangan fikir mungkin ok tetapi turun padang atau kelokasi yang disyaki atau bermasalah, atau dilaporkan
untuk melihat dengan mata kepala kita sendiri.

Ini prinsip asas pengurusan dan Kaizen.
Untuk peneranan lanjut boleh baca DULU PENCUCI KINI PENGURUS
Atau Gemba Kaizen oleh Masaaki Imai.

Jangan asyik menyelesaikan masalah dari kerusi empuk dan bilik berhawa dingin tanpa melihat sendiri bentuk masalah.

Wednesday, March 19, 2014

SINDROM BEDAH SIASAT ORGANIZASI.


Dua tiga hari ini disana sini saya terdengar ramai orang yang bercakap , memberikan komen, membedah siasat pengurusan syarikat penerbangan MAS berkaitan kehilangan MH 370.

Saya ingin berkongsi pandangan tetapi ini tidak tertumpu pada isu isu pengurusan syarikat MAS .

Kita membedah siasat organizasi orang lain babak pertama. Babak keduanya ialah jadikan ia sebagai iktibar pula untuk organizasi kita. Tempat kerja kita, syarikat kita, seksyen kita, unit kita, jabatan kita.

Bentuk bencana nya mungkin berbeza, risiko kerugian mungkin berbeza tetapi punca, sebab, dan kaedah masalah mungkin sama. Sudah kah kita melihat prosedur ditempat kerja kita pula? Sudah kah kita mengkaji sistem keselamatan syarikat kita? Sudah kah kita memantau pengawal syarikat kita?
Sudah kita memeriksa pasport, working permit pekerja asing kita sendiri?

Sudahkah kita memeriksa ketelusan pegawai pegawai kita dalam peraturan syarikat dengan bukan hanya memastikan orang lain mengikutinya tetapi ia juga harus diikuti oleh pegawai pegawai kita.

Sudahkah kita memeriksa berapa banyak Pegawai Pegawai kita yang mudah dibeli oleh pihak pembekal, atau sesiapa yang mempunyai sesuatu niat untuk meraih keuntungan.?
Sudah kah kita memastikan kita ada prosedur tentang Anti Corruption ditempat kerja kita?

Sudah kah kita menyediakan risk management kita sekiranya terjadi sesuatu yang buruk.
Sudah kah kita menyediakan siapa yang akan bertanggungjawap untuk masalah jenis apa dan siapa yang harus berkomunikasi agar walaupun ketika krisis masih nampak tersusun!
Amat mustahil Pengarah Syarikat yang memberikan komen setiap hari!

Sudah kah kita kenal pasti berapa ramai pegawai kita atau pekerja kita yang nampak masalah terjadi
tetapi mempunyai tabiat 'tidak ada apa apa attitude'?.

Sudah kah kita didik pekerja kita walau terdapat satu kesilapan kecil ia harus disiasat sampai
kepuncanya tanpa membuat kesimpulan yang salah atau tidak tepat?

Sudah kah kita bersedia dengan prosedur sekiranya ada diantara pekerja kita disuatu hari terlibat dengan situasi
yang sama apakah pula cara kita sebagai pihak pengurusan untuk mengendalikan nya?

Krisis akan terjadi dimana mana sekalipun cuma bentuk nya berbeza.
Selain bersedih marilah kita bersama sama termasuk saya sendiri mempelajari
situasi seperti ini dan apa pula yang kita boleh buat untuk organizasi kita.

Tulisan ini tiada kaitan dengan mana mana kualiti pengurusan syarikat
hanya sebagai cadangan untuk bersama sama kita pelajari sesuatu.
Jangan sampai kita terlalu sibuk membedah siasat syarikat orang lain dimasa yang sama
organizasi kita lagi teruk kualiti pengurusan nya.